Jumaat, 7 Mac 2008

Spesifikasi Teknikal Untuk Memasang Telefon (Direct Exchange Line)

Untuk topik kali ini, bagaimana telefon di rumah/pejabat anda dipasang. Seperti anda tahu, telefon rumah ini dipanggil DEL atau Direct Exchange Line. Sebab ianya dipanggil DEL adalah kerana ibusawat telefon atau exchange yang membekalkan nombor, signal dan monitor penggunaan line anda. Fungsi asasnya adalah diterangkan seperti gambar dibawah:



Merujuk gambar diatas, jika "House A" ingin menghubungi rakannya di "House B" dimana jarak antara kedua-dua buah rumah adalah 20 kilometer perlulah melalui exchange. Tugas exchange adalah untuk routekan panggilan yang dibuat oleh "House A". Sebagai contoh, apabila "House A" mendail nombor O4-3973000 , Exchange A akan mengenal pasti kod kawasan, "04" adalah kawasan Utara iaitu P.Pinang, Perlis dan Kedah. Dan 3 angka dihadapan nombor iaitu "397" adalah kod nombor untuk kawasan Seberang Jaya di Pulau Pinang. Secara automatik, Exchange A akan route terus nombor itu ke Exchange B dimana Exchange B boleh dianggap sebagai ibusawat telefon Seberang Jaya. Apabila Exchange B menerima signal/data dari Exchange A, pangkalan data secara automatik terus mencari nombor berikutnya iaitu "3000" dan secara automatik terus routekan signal melalui kabel dari Exchange B ke "House B". Maka, hubungan telefon antara "House A" dan "House B" berjaya disambung.

Gambar di atas menunjukkan contoh di dalam bilik switching di mana kebanyakan orang salah mengertikan Main Distribution Frame (MDF) sebagai exchange. Exchange sebenarnya adalah Switching Unit didalam TM. Nama lain bagi switching di dalam TM adalah SOMA – Switching Operation & Maintenance. MDF sebenarnya hanya melibatkan kerja-kerja fizikal seperti melakukan telephone jumpering untuk dihubungkan ke kabel E/Side dan seterusnya diagih-agihkan ke rumah pelanggan. Bagi mengekalkan kuasa elektrik yang dibekalkan ke peralatan switching untuk menjana tone/signal telefon kepada pelanggan, electrical power backup system perlu diadakan. Kesemua peralatan switching menggunakan kuasa DC. Seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah diatas, Mains/generator transfer switch membekalkan kuasa AC kepada peralatan tetapi akan diubah ke kuasa DC terlebih dahulu. Pada masa yang sama, Storage Battery akan dicas sebagai langkah backup. Sekiranya berlaku power failure seperti terputus bekalan elektrik, secara automatik Standby Generator akan mengambil alih fungsi AC mains input untuk membekalkan kuasa kepada peralatan. Hingga hampir maksimum penggunaan generator, secara automatik generator itu akan di cut-off kuasanya dan bateri akan mengambil alih peranan untuk membekalkan kuasa kepada peralatan. Biasanya apabila ketiadaan bekalan elektrik, operator telekomunikasi akan secepat mungkin memulihkan kembali bekalan kuasa utama dan backup system seperti bateri dan generator boleh bertahan sehingga 4-6 jam sebelum mencapai penggunaan maksimum.

Gambar diatas menunjukkan MDF atau Main Distribution Frame. Disini lah kerja-kerja fizikal untuk membekalkan signal/tone telefon dilakukan. Semua signal yang dialirkan oleh wayar ini adalah datang dari switching unit.

Gambar di atas ini menunjukkan bagaimana kerja-kerja fizikal pemasangan baru ataupun New Installation (N.I) dilaksanakan. Sebelum kerja-kerja peringkat fizikal dilaksanakan, Switching telah memberi tone kepada nombor yang telah didaftarkan dan tone ini akan disalurkan ke MDF untuk pemasangan fizikal. Di MDF, jumpering akan dilaksanakan dan terus ke kabel E/Side. Sebelum itu, kabel E/Side terbahagi kepada dua pembahagian iaitu ke kabinet luar ataupun ke bangunan. Kabinet luar adalah seperti di bawah ini:


Ataupun kabel E/Side akan terus dihubungkan ke dalam bangunan seperti rumah flat, kondominium ataupun apartmen. Sekiranya pemasangan baru itu melalui kabinet, dari kabinet akan keluar kabel D/Side dan akan dihubungkan melalui overhead pole. Overhead pole juga dikenali sebagai Distribution Point atau DP. Fungsi DP adalah untuk pembahagian line telefon terus ke rumah dan ianya dikenali sebagai Drop Wire. Drop Wire akan terus disalurkan ke rumah dan disambung terus dengan internal wiring di dalam rumah. Bagi rumah-rumah seperti kondominium dan apartmen, kabel-kabel yang menghubungkan terus ke rumah pelanggan dikenali sebagai SDF ataupun Subscriber Distribution Frame. Dari SDF, wayar-wayar yang membawa signal dari kabel ini akan memasuki internal DP di setiap tingkat. Dan dari internal DP akan terus memasuki internal wiring rumah pelanggan. Dan akhir sekali, pemasangan baru talian telefon siap apabila set telefon DEL dicucuk kepada wall-jack.









Sabtu, 23 Februari 2008

Cable Chamber Dari Exchange Side (E/Side) ke Distribution Side (D/Side)

Seperti yang korang sume tahu, talian telefon rumah/pejabat korang menggunakan kabel yg telah siap dipasang di dalam backbone bangunan. Tetapi lain pula bagi yang menduduki rumah teres dimana kabel telefon korang terus ditarik dari tiang telefon itu sendiri yang dipanggil Distribution Point (DP).

Tapi tahu ke korang dari mane datangnye kabel-kabel tu....? Sebenarnya, kabel-kabel yang terus memasuki rumah korang tue dipanggil Distribution Side Cable (D/Side Cable). D/Side Cable ditarik dari cabinet seperti yang terdapat di tepi-tepi jalan atau MDF Room untuk dalam bangunan.

Sekiranya ada D/Side Cable, tentunya ada kabel utama yang ditarik dan diterminate di cabinet atau MDF Room. Kabel utama itu dipanggil Exchange Side Cable (E/Side Cable). Dibawah ni, ditunjukkan kabel-kabel E/Side dimana permulaannya adalah dari Exchange/Switching TM.


Gambar nie menunjukkan dari beberapa kabel telah dimampatkan didalam alat pemampat dan keluar hanya 1@2 kabel utama shj. Perhatikan angka 2400.... Angka itu menunjukkan yang kabel keluar itu membawa 2400 core copper cable.



Gambar nie menunjukkan kabel di dalam camble chamber. Cable chamber ini biasanya terletak di bawah Test Desk/MDF Room di setiap Ibusawat TM. Setiap satu kabel ini, didalamnya terdapat 900-2400 core copper cable. Bayangkan, banyaknyer data yg dibawa untuk diagih-agihkan ke kawasan perumahan anda........

Perhatikan kabel berdiameter kecil yang diikat diatas.... Itu adalah kabel fiber optic dimana corenya mungkin 48 core atau 96 core bergantung kepada kepadatan penduduk di sesuatu kawasan......

Perhatikan warna coklat yang terdapat pada kabel utama ni.... Warna ni adalah disebabkan oleh air karat yang memenuhi cable chamber nie... Apabila hujan lebat je, air akan memenuhi chamber ni. Tetapi kabel tak akan rosak disebabkan setiap joining kabel ini telah dimasukkan tekanan gas untuk menghalang dari dimasuki air...

1)

2)

Perhatikan kedua-dua gambar di atas ni..... kabel-kabel ini telah dihantar keluar ke D/Side ataupun kawasan-kawasan perumahan, perindustrian atau komersial.... Perhatikan gambar di 1 dimana laluan kabel itu keluar. Ia dipanggil cable duct.










Jumaat, 22 Februari 2008

Sebagai pusat setempat untuk memberi idea dan menimba ilmu baru.......

Salam semua.......


Hmm..... kepada semua komen dan idea-idea anda amat dialu-alukan.... Sekiranya komen, pendapat, sumber-sumber dan idea anda itu adalah mengenai teknologi telekomunikasi di dalam negara kita adalah lebih baik.... Di sini juga, sekiranya dari kalangan pembaca blog ini adalah pensyarah-pensyarah di dalam bidang telekomunikasi, tak salah sekiranya kalian linkkan page ni untuk rujukan rakan-rakan pensyarah lain serta student-student kalian.....


Dan sekiranya ada pembaca blog nie dari kalangan-kalangan pelajar telekomunikasi, apalah salahnya korang sebar-sebarkan alamat blog nie supaya kawan-kawan korang dapat berkongsi ilmu pengetahuan nie serta pengalaman saya bekerja di TM.....


Akhir sekali, saye harap sume ley komen untuk meningkatkan lagi kualiti isi kandungan blog ni.... Dan sebelum saya terlupa, kebanyakan isi kandungan blog nie akan menggunakan banyak bahan-bahan dari dalam negara supaya pembaca-pembaca blog ni dapat figure yang tepat tentang dunia telekomunikasi di dalam negara kita..... Wassalam.....


Khamis, 14 Februari 2008

Tujuan Blog Ini Dihasilkan………



Salam sejahtera kepada semua pelawat blog ni. Tujuan blog nie diwujudkan sebenarnya adalah lebih kepada berkongsi minat dan pengetahuan saya dalam bidang telekomunikasi yang amat berkembang pesat di negara kita ni. Sesiapa yang ingin jadikan bidang Telekomunikasi sebagai kerjaya pilihan adalah amat dialu-alukan. Semestinya, bidang ini membawa pulangan yang amat lumayan kepada sesiapa yang ingin jadikannya sebagai perniagaan. Ini kerana, syarikat seperti Telekom Malaysia (TM) tidak hanya memberi tender-tender projek diorang pada satu pihak je, malah ia lebih kepada mengagih-agihkan kekayaan dan peluang kepada semua. Di dalam blog ini nanti, akan saya masukkan berbagai-bagai informasi terbaru serta prospek kerjaya didalam bidang ini. Tidak lupa juga saya akan masukkan IPTA-IPTA dan IPTS-IPTS yang menawarkan bidang telekomunikasi. Sesungguhnya, bidang telekomunikasi amat memerlukan lebih ramai engineers dan technician dalam memberi khidmat untuk bidang ini…….. Sekian, wassalam…….