Untuk topik kali ini, bagaimana telefon di rumah/pejabat anda dipasang. Seperti anda tahu, telefon rumah ini dipanggil DEL atau Direct Exchange Line. Sebab ianya dipanggil DEL adalah kerana ibusawat telefon atau exchange yang membekalkan nombor, signal dan monitor penggunaan line anda. Fungsi asasnya adalah diterangkan seperti gambar dibawah:

Merujuk gambar diatas, jika "House A" ingin menghubungi rakannya di "House B" dimana jarak antara kedua-dua buah rumah adalah 20 kilometer perlulah melalui exchange. Tugas exchange adalah untuk routekan panggilan yang dibuat oleh "House A". Sebagai contoh, apabila "House A" mendail nombor O4-3973000 , Exchange A akan mengenal pasti kod kawasan, "04" adalah kawasan Utara iaitu P.Pinang, Perlis dan Kedah. Dan 3 angka dihadapan nombor iaitu "397" adalah kod nombor untuk kawasan Seberang Jaya di Pulau Pinang. Secara automatik, Exchange A akan route terus nombor itu ke Exchange B dimana Exchange B boleh dianggap sebagai ibusawat telefon Seberang Jaya. Apabila Exchange B menerima signal/data dari Exchange A, pangkalan data secara automatik terus mencari nombor berikutnya iaitu "3000" dan secara automatik terus routekan signal melalui kabel dari Exchange B ke "House B". Maka, hubungan telefon antara "House A" dan "House B" berjaya disambung.

Gambar di atas menunjukkan contoh di dalam bilik switching di mana kebanyakan orang salah mengertikan Main Distribution Frame (MDF) sebagai exchange. Exchange sebenarnya adalah Switching Unit didalam TM. Nama lain bagi switching di dalam TM adalah SOMA – Switching Operation & Maintenance. MDF sebenarnya hanya melibatkan kerja-kerja fizikal seperti melakukan telephone jumpering untuk dihubungkan ke kabel E/Side dan seterusnya diagih-agihkan ke rumah pelanggan. Bagi mengekalkan kuasa elektrik yang dibekalkan ke peralatan switching untuk menjana tone/signal telefon kepada pelanggan, electrical power backup system perlu diadakan. Kesemua peralatan switching menggunakan kuasa DC. Seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah diatas, Mains/generator transfer switch membekalkan kuasa AC kepada peralatan tetapi akan diubah ke kuasa DC terlebih dahulu. Pada masa yang sama, Storage Battery akan dicas sebagai langkah backup. Sekiranya berlaku power failure seperti terputus bekalan elektrik, secara automatik Standby Generator akan mengambil alih fungsi AC mains input untuk membekalkan kuasa kepada peralatan. Hingga hampir maksimum penggunaan generator, secara automatik generator itu akan di cut-off kuasanya dan bateri akan mengambil alih peranan untuk membekalkan kuasa kepada peralatan. Biasanya apabila ketiadaan bekalan elektrik, operator telekomunikasi akan secepat mungkin memulihkan kembali bekalan kuasa utama dan backup system seperti bateri dan generator boleh bertahan sehingga 4-6 jam sebelum mencapai penggunaan maksimum.

Gambar diatas menunjukkan MDF atau Main Distribution Frame. Disini lah kerja-kerja fizikal untuk membekalkan signal/tone telefon dilakukan. Semua signal yang dialirkan oleh wayar ini adalah datang dari switching unit.

Gambar di atas ini menunjukkan bagaimana kerja-kerja fizikal pemasangan baru ataupun New Installation (N.I) dilaksanakan. Sebelum kerja-kerja peringkat fizikal dilaksanakan, Switching telah memberi tone kepada nombor yang telah didaftarkan dan tone ini akan disalurkan ke MDF untuk pemasangan fizikal. Di MDF, jumpering akan dilaksanakan dan terus ke kabel E/Side. Sebelum itu, kabel E/Side terbahagi kepada dua pembahagian iaitu ke kabinet luar ataupun ke bangunan. Kabinet luar adalah seperti di bawah ini:

Ataupun kabel E/Side akan terus dihubungkan ke dalam bangunan seperti rumah flat, kondominium ataupun apartmen. Sekiranya pemasangan baru itu melalui kabinet, dari kabinet akan keluar kabel D/Side dan akan dihubungkan melalui overhead pole. Overhead pole juga dikenali sebagai Distribution Point atau DP. Fungsi DP adalah untuk pembahagian line telefon terus ke rumah dan ianya dikenali sebagai Drop Wire. Drop Wire akan terus disalurkan ke rumah dan disambung terus dengan internal wiring di dalam rumah. Bagi rumah-rumah seperti kondominium dan apartmen, kabel-kabel yang menghubungkan terus ke rumah pelanggan dikenali sebagai SDF ataupun Subscriber Distribution Frame. Dari SDF, wayar-wayar yang membawa signal dari kabel ini akan memasuki internal DP di setiap tingkat. Dan dari internal DP akan terus memasuki internal wiring rumah pelanggan. Dan akhir sekali, pemasangan baru talian telefon siap apabila set telefon DEL dicucuk kepada wall-jack.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan